Tags

, , ,

Selepas keluar berita yang menyatakan tentang perancangan pihak Astro untuk menaikkan harga pakej siaran-siaran mereka pada minggu lepas, kini pihak mereka terpaksa berunding dengan pihak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Komunikasi dan Penerangan supaya kenaikan harga yang mereka buat itu adalah berpatutan dan menepati hak-hak setiap pelanggan setia mereka. Ada kemungkinan juga kenaikan harga DIBATAL sebab pihak Astro tiada alasan yang munasabah! Hmmm.. nak kena tunggu menteri-menteri masuk campur baru pihak Astro ni boleh berfikiran waras agaknya!.

Bacalah lagi.

Walaupun pihak Astro juga menanggung kenaikan kos dalam pembelian hak penyiaran rancangan-rancangan dari luar negara, namun itu tidak semestinya layak digunakan sebagai alasan untuk menaikkan harga pakej mereka” kata wakil daripada pihak Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.

Melalui pemantauan yang dibuat oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi, pihak Astro tidak menyiarkan banyak iklan komersial sebaliknya hanya menggunakan 40 hingga 50 minit kuota untuk siaran iklan daripada 240 minit yang dibenarkan untuk sehari.

+sumber dari thestar.com.my+

Mujurlah, dibuatnya diorang ni guna sepenuhnya kuota waktu iklan tu, mau mengamuk rakyat Malaysia ni. Tambahan pula, sekarang ni kerajaan sedang panas dengan serangan dari ‘anonymous’ yang menyerang banyak laman web kerajaan.

Tapi tahukah anda semua, pihak Astro telah diWAJIBkan menyiarkan iklan khidmat masyarakat selama 1 minit bagi setiap 1 jam dalam 10 siaran mereka. Mungkin ramai antara kita tak perasan, termasuklah aku:)

About these ads