Astro Berunding Untuk Kenaikan Harga Pakej Siaran

Selepas keluar berita yang menyatakan tentang perancangan pihak Astro untuk menaikkan harga pakej siaran-siaran mereka pada minggu lepas, kini pihak mereka terpaksa berunding dengan pihak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Komunikasi dan Penerangan supaya kenaikan harga yang mereka buat itu adalah berpatutan dan menepati hak-hak setiap pelanggan setia mereka. Ada kemungkinan juga kenaikan harga DIBATAL sebab pihak Astro tiada alasan yang munasabah! Hmmm.. nak kena tunggu menteri-menteri masuk campur baru pihak Astro ni boleh berfikiran waras agaknya!.

Bacalah lagi.

Walaupun pihak Astro juga menanggung kenaikan kos dalam pembelian hak penyiaran rancangan-rancangan dari luar negara, namun itu tidak semestinya layak digunakan sebagai alasan untuk menaikkan harga pakej mereka” kata wakil daripada pihak Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.

Melalui pemantauan yang dibuat oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi, pihak Astro tidak menyiarkan banyak iklan komersial sebaliknya hanya menggunakan 40 hingga 50 minit kuota untuk siaran iklan daripada 240 minit yang dibenarkan untuk sehari.

+sumber dari thestar.com.my+

Mujurlah, dibuatnya diorang ni guna sepenuhnya kuota waktu iklan tu, mau mengamuk rakyat Malaysia ni. Tambahan pula, sekarang ni kerajaan sedang panas dengan serangan dari ‘anonymous’ yang menyerang banyak laman web kerajaan.

Tapi tahukah anda semua, pihak Astro telah diWAJIBkan menyiarkan iklan khidmat masyarakat selama 1 minit bagi setiap 1 jam dalam 10 siaran mereka. Mungkin ramai antara kita tak perasan, termasuklah aku:)

20 thoughts on “Astro Berunding Untuk Kenaikan Harga Pakej Siaran

  1. Ada yang kita tidak tahu disebali kenaikan harga kos langganan Astro. Sebagai pelanggan kita mahu harga tidak terlalu membebankan pada masa kos penyelenggaraan semakin meningkat seiring dengan usia peralatan

      1. Hahaha.. skim potongan paling cepat kat Mesia ni memang Astro yang paling mantap. Baru berniat xnak bayar bil bulanan pun kena potong. Dahsyat betul diorang ni. Hahahaha.!

      1. kalau tak psl LIVE LIVE tu, kawe tak peduli sgt pon… Yg banyak tgk budak2 sama bini (syhhhhh…) …. Hmmm, berkorbanlah sikit supaya diaorg ada hiburan… Suka tgk org lain happy!

  2. Isu ASTRO ni sbnrnye kalau dibawa bercerita mmg takkan habis topik & tak nmpk pun penghusung serta penutupnye.

    pihak Astro telah diWAJIBkan menyiarkan iklan khidmat masyarakat selama 1 minit bagi setiap 1 jam dalam 10 siaran mereka –> bab ni pun bEe tak perasan sgt sbnrnye cuma bEe tahu setiap kali iklan mmg akan byk iklan yg muncul… huhuhu

    1. Bee, kalau ikutkan suma iklan dia bukanlah iklan untuk profit pihak ketiga. Semuanya adalah iklan yg mempromosikan siaran Astro sendiri, dalam ertikata lain mereka cuma buat iklan yg benefit diri sendiri sahaja.

      Iklan khidmat masayarakat ni pula memang dah ada, cuma sangatlah jarang kita perassan, sebab time iklan je kita dah tak konsentret kat tv! 🙂

  3. Makin lama makan naik aje. Siaran banyk ulangan. KM dalam proses nak mengurangkan channel astro nie. Bil Astro bulanan aje dah RM120++ Banyak channel tak tengok.

  4. Bab yg iklan masyarakat tu, mmg aku tak perasan sgt.tp camne aku nak perasan, sbb dok asyik tgk channel bola jer…hehe..

    Tp, bab yg nak naik harga tu, mmg aku perasan sgt yg astro mmg tak munasabah…kalau naik jugak…mmg mereka akan hilang penggunalah…dan salah sorangnya ialah aku…hehehe

    1. nak kata turun harga tu mungkin payah la, sbb tak penahnya Astro ni nk turunkan harga. Cuma diorang dah tak boleh naikkan harga sesuka hati lagi dah. Ada orang pantau!

  5. aku memang dah lama amik package 37.90 tu…so tak ada masalah….dulu mmg ada amik full channel..sejak ada kenaikan terus potong..lagi pun bukan tgk semua kan..asyik layan blog jer heheheh..

    1. Pakej yg paling murah tu pun ok juga. Cuma kitorang ni kaki movies and sports so itu yg banyak tu bil bulanan. Blog pun still layan juga, xleh tinggal. Hehehehe.

Leave a reply to akubiomed Cancel reply