Tags

Setelah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan pelarasan harga, akhirnya pihak ASTRO bersetuju dengan saranan yang dikemukakan. Namun begitu, pelarasan harga yang baru masih tetap dikenakan kepada semua pelanggan ASTRO dan ianya telah pun berkuatkuasa semenjak 11 Julai lepas.

Alasan yang diberikan oleh Astro

Pada pandangan aku, selepas membuat perkiraan dan pemerhatian aku dapati pelarasan harga ini sebenarnya memberi keuntungan kepada aku sendiri (kepada orang lain aku tak berapa pasti). Nak tahu kenapa? Meh sini aku ceritakan.Dahulu sebelum wujudnya ASTRO Beyond ini, bil bulanan aku adalah RM 130.95. Ini kerana dulunya aku ambil:

Pakej famili + Movies Package + Sports Package + Pakej Mustika.

Kemudiannya, selepas adanya pakej High Definition ini aku pun turut langgan lah. Almaklumlah sebab tv kat rumah tu pun sudah ‘transforms’ menjadi tv LED. Maka, secara totalnya bil bulanan aku pun meningkat menjadi RM 150.95 sebulan.

Tapi selepas aku menilik pelarasan harga yang baru ini, baru aku perasan sebab pakej terbaru yang ditawarkan iaitu ASTRO Super Pack 1 ini sebenarnya jauh lebih murah berbanding dengan apa yang aku bayar sebelum ini. Isi kandungan dalam pakej itu pula adalah serupa-saling tak tumpah- sebijik sama dengan apa yang aku langgan.  Nah, cuba tengok.

Harga pakej baru ini cuma RM125 sahaja dan semua pakej yang aku langgan dulu pun masih ada. So, aku jimat RM 25.95 lah. Siap ada Astro Box Office Movies lagi dan juga Recording service! Terbaekkk.

Mujurlah SKMM masuk campur, kalau tidak mungkin tak dapat harga pelarasan macam ni. :)