Why Blackberry and not iPhone?

Ramai antara kita yang sudah pun tahu bahawa pada masa kini satu peperangan OS bagi ‘smartphone’ sedang berlaku diantara beberapa syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit. Masing-masing mahu menunjukkan pada dunia bahawa mereka mempunyai OS yang paling hebat. Peperangan ini tersangatlah hebat, sehinggakan mana-mana artikel teknologi, majalah-majalah dan laman web turut menceritakan hal ini. Tapi secara teknikalnya, ia hanya persaingan sihat di antara mereka, dan yang penting pengguna akan mendapat manfaatnya. Tiada pertumpahan darah akan berlaku!

Apa itu OS? OS adalah Operating System yang menggerakkan fungsi sesebuah telefon atau komputer. Sebagai contoh syarikat Apple mengeluarkan iPhone yang menggunakan OS mereka sendiri iaitu iOS4, syarikat Nokia pula dengan OS Syambiannya yang amat popular sekarang, dan yang sedang menjadi sebutan terkini adalah OS Android keluaran Google. Walau apapun yang berlaku, teknologi OS ini pastinya akan terus berkembang dan akan meninggalkan kita sekiranya kita tidak sentiasa ‘up-to-date’.

Memetik sedikit maklumat daripada internet :

‘According to NPD Group, unit sales for Android OS smart phones ranked first among all smart phone OS handsets sold in the U.S. in the second quarter of 2010, at 33%. BlackBerry OS is second at 28%, and iOS is ranked third with 22%’.

Menarik bukan! namun, jika diberi peluang yang mana satu anda akan pilih? iPhone 4 dari Apple atau Blackberry?

Saya akan pilih Blackberry!

'pretty workaholic'

Kenapa? sebab OS Blackberry adalah lebih bagus daripada OS iOS 4! (just kidding) Ini adalah pendapat peribadi saya sahaja bukan niat untuk menghasut mana-mana pihak.

Sebab utama kenapa saya pilih Blackberry:

Saya akan kelihatan seperti seorang yang bekerjaya walaupun saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Pada masa kini, walaupun anda seorang doktor ataupun jurutera profesional sekalipun tetapi jika anda mengeluarkan iPhone dari poket dan menggunakannya (walaupun untuk urusan antarabangsa) ia akan menukarkan anda terus kelihatan seperti seorang yang biasa-biasa dan tidak berkarisma. Ini kerana, pada tanggapan umum tiada urusan yang boleh dilakukan dengan menggunakan hanya ‘touchscreen’. Tetapi ia pula memberikan kita pandangan yang berbeza jika menggunakan Blackberry! Buatlah apa sahaja termasuk bersantai di tepi pantai, ataupun berfoya-foya di tempat awam tetapi jika anda memegang Blackberry anda pastinya akan kelihatan di mata orang persekitaran bahawa anda sedang bekerja (rajinnya!).

Ia nampak membosankan. Betul! bayangkan apa yang boleh dibuat jika kita mempunyai Blackberry, kerana di mata orang lain kita akan nampak seperti sedang bekerja kerana ‘smartphone’ ini amat tidak sesuai untuk tujuan lain. Muzik dan permainan untuk telefon jenis ini adalah amat rendah tarafnya berbanding jenama-jenama lain seperti Nokia , iPhone dan Sony ericsson. Manakala ‘Keypad QWERTY’ untuk Blackberry pula adalah yang terbaik bagi mana-mana ‘smartphone’ dan untuk itu ia amatlah sesuai bagi pengguna yang perlu banyak menghantar mesej dan emel kepada orang lain. Sebab itulah pemilik Blackberry ini nampak seakan-akan sangat sibuk sepanjang masa.

Pencabar terdekat untuk Blackberry jatuh kepada Nokia dengan model E63, E5 dan E72 kerana bentuknya yang sangat elegan dan sangat memperdayakan. Walau apa pun prestasi iPhone jauh mengatasi prestasi Blackberry dan Nokia di dunia ini. Dan sayangnya, saya menyedari hakikat ini apabila ianya sudah terlambat, kerana saya sudah pun memiliki Satio!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s