OS Android Ke-3 terbesar pengunaan selepas OS Symbian dan OS Blackberry

Bagi pengguna ‘smartphone’ OS Android adalah OS yang sedang meningkat naik dan dijangka mengatasi OS iPhone, Symbian, dan OS Blackberry. Dan memang seperti yang dijangka, jualan ‘smartphone’ yang menggunakan OS Android ini telah naik mendadak daripada 755,900 (pada suku kedua tahun 2009) kepada 10.9 juta (suku kedua tahun 2010). Majoriti penggunaan OS ini masih lagi di kawasan Amerika Utara.

Pengguna-pengguna OS Symbian

Kajian yang dilakukan oleh Gartner pula menjangkakan bahawa berakhir tahun 2010 ini OS Android ini akan mengambil alih kedudukan ke-2 daripada OS Blackberry.

Tempat pertama masih lagi milik OS Symbian yang dipopularkan oleh Nokia dengan jumlah jualan ‘smartphone’nya sebanyak 25.4 juta (suku kedua tahun 2010).

Tempat kedua buat masa ini adalah milik syarikat Research In Motion (RIM) yang mempopularkan OS Blackberry dengan jualan sebanyak 11.2 juta (suku kedua tahun 2010) dan tempat keempat jatuh kepada OS milik syarikat Apple iaitu iOS yang digunapakai oleh iPhone dengan jualan sebanyak 8.7 juta (suku tahun kedua 2010).

Secara umumnya berakhir suku kedua tahun 2010 ini menunjukkan jumlah jualan telefon bimbit seluruh dunia sahaja adalah sebanyak 325.6 juta dan daripada jumlah itu sebanyak 61.6 juta adalah ‘smartphone’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s