I’m Posting Every Week In 2011

Salam tahun baru pada semua.

Setelah lama dibiarkan blog ini tidak terusik, kali ini dengan azam dan semangat di tahun baru 2011 saya akan cuba untuk menghidupkan semula (pernah mati ke) blog ini. Saya kembali tertarik untuk berblogging selepas terbaca satu artikel di laman WordPress ini. Nak tahu apa yang menariknya?

Blogging perlu ikhlas

Berbalik kepada tajuk utama, saya terpanggil untuk menyahut cabaran yang dikemukakan oleh DailyPost untuk membuat entri setiap hari sepanjang tahun 2011! Nampak seperti agak mustahil bukan?.  Hendak buat satu entri seminggu pun belum tentu berkemampuan lagi. Apatah lagi kebanyakan daripada blogger kita mempunyai banyak kerja yang perlu diberi keutamaan.

Hatta kerja sebagai surirumah juga tidak selalunya lapang masanya untuk menyahut cabaran ini. Namun, dukacita dimaklumkan sehingga ke tarikh artikel ini dibuat, tiada hadiah atau ganjaran yang ditawarkan oleh penganjur. Bukan seperti kebanyakan contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger saya yang lain.

Untuk itu juga, Daily post telah memberikan 2 cabaran yang boleh dipilih:

  • Post a Day 2011: Post something to your blog every single day through 2011
  • Post a Week 2011: Post to your blog at least once a week through 2011

Cabaran ini memang susah untuk dilaksanakan, tetapi dalam masa yang sama juga ia amat mengujakan saya. Saya lebih berminat untuk membuat satu entri seminggu sepanjang tahun 2011. Tambahan pula ada diberikan panduan dan idea untuk entri kita semua. Percayalah, ia sangat berguna.🙂

Semoga saya berjaya.

2 thoughts on “I’m Posting Every Week In 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s