Why I Could Fail

Berbalik kepada cabaran daripada DailyPost yang menggalakkan semua blogger WordPress ini untuk membuat entri setiap hari sepanjang 2011, memang agak susah jika hendak difikirkan sebenarnya. Baru sahaja masuk hari kedua saya menyertai cabaran ini sudah pun wujud satu lagi cabaran yang baru. Ia bukanlah berkaitan ketandusan idea atau pun kekeringan maklumat, malahan jika diikutkan memang saya sudah banyak idea dikumpul untuk di masukkan ke dalam entri yang akan datang. Jangan jadikan ini alasan untuk tidak dapat menyiapkan entri. Jangan jadi Gagal sebelum Berjuang.

Masalah yang saya hadapi adalah berkaitan kesibukan mengurus masa sendiri. Buat masa sekarang ini saya sedang menguruskan 5 blog (termasuklah yang ini). Selain blog ini ada 2 blog sebagai prioriti yang saya update sebulan 4-5 kali, 1 blog tutorial GIMP (editing imej, buat typography) dan 1 blog Tumblr yang mempamerkan gambar-gambar kreatif photoshop. Ini pun boleh jadi punca jika saya Gagal dalam menyahut cabaran tersebut. Untuk itu blog wordpress ini saya terpaksa naikkan tahap keutamaannya menjadi nombor 1.

Untuk update blog ini setiap hari tanpa mengabaikan blog sampingan yang lain memerlukan ketahanan mental yang maha kuat dalam menguruskan masa dan mengerah idea  bagi entri blog-blog sampingan itu. Mungkin juga cerita berkaitan blog-blog itu boleh dijadikan satu entri disini.

3 thoughts on “Why I Could Fail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s