Kemaskan Ikon Desktop Korang

Entri kali ni adalah berkaitan perisian percuma (freeware software).

Aku memang amat gemar kalau ada perisian yang percuma untuk laptop aku ni. Apatah lagi kalau ianya sesuatu yang berkaitan imej editing, atau video editing, ataupun ianya sesuatu yang boleh buat laptop aku nampak cool. 🙂

Okey, skrin laptop aku buat masa sekarang ni memang banyak ikon-ikon dan shortcut yang bukan-bukan. Semuanya sebagai jalan pintas utk aku akses kebanyakan program yang sebenarnya jarang-jarang aku guna. Aku jarang guna sebabnya this laptop is mainly for surfing and not for gaming (except for Angry Bird) Jadinya, skrin aku jadi semak, serabut dan memeningkan kepala. Apa yang aku buat? aku pun hiddenkan semua ikon kat skrin. Selesaikah masalah? Tak juga, sebab kalau aku nak akses ikon tersebut aku still kena un-hiddenkan semua ikon tu.

So, aku gunakan Stardock Fences. Aku suka perisian ni sebab aku rasa skrin laptop aku lebih tersusun ikonnya, cantik pulak tu.

Kalau guna Stardock Fence ni, kita boleh kumpulkan ikon-ikon ke dalam satu ‘container’ dan kita boleh ‘rename container’ tersebut mengikut sedap hati kita aja. Kita juga boleh buat banyak-banyak ‘container’ dan susun secantiknya kat skrin komputer. Contohnya:

Perisian ini adalah amat senang digunakan malah yang paling best ianya percuma. Ianya berfungsi bagi semua jenis Windows XP, Vista dan juga Windows 7. Bagi yang mempunyai desktop yang semak dengan ikon bolehlah cuba. Cuma double KLIK skrin korang dan semua ikon akan hilang! jika di double KLIK semula, semua ikon akan muncul semula. Terbaek kan! Macam skrin aku kat bawah ni (klik untuk besarkan imej).

Cubalah!

Astro Berunding Untuk Kenaikan Harga Pakej Siaran

Selepas keluar berita yang menyatakan tentang perancangan pihak Astro untuk menaikkan harga pakej siaran-siaran mereka pada minggu lepas, kini pihak mereka terpaksa berunding dengan pihak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Komunikasi dan Penerangan supaya kenaikan harga yang mereka buat itu adalah berpatutan dan menepati hak-hak setiap pelanggan setia mereka. Ada kemungkinan juga kenaikan harga DIBATAL sebab pihak Astro tiada alasan yang munasabah! Hmmm.. nak kena tunggu menteri-menteri masuk campur baru pihak Astro ni boleh berfikiran waras agaknya!.

Bacalah lagi. Continue reading “Astro Berunding Untuk Kenaikan Harga Pakej Siaran”

Monopoli Siaran Sukan Oleh Astro Ditegur

Semua orang dah tahu yang Astro telah sekian lama memonopoli kebanyakan siaran-siaran yang penting dan popular di Malaysia. Dah lah bil bulanan Astro aku tinggi melangit, tak percaya sila klik SINI. Hak penyiaran seperti HBO, MAX dan Star Movies adalah penyumbang terbesar dalam populariti Astro. Namun begitu hak penyiaran yang paling menguntungkan pihak mereka adalah daripada siaran sukan. Siaran sukan yang dimonopoli oleh mereka adalah seperti ESPN, Eurosport, ESPNews, STAR Sports, Golf Channel dan banyak lagi. Monopoli hak penyiaran ini telah mewujudkan saingan yang berat sebelah di negara kita.

Tak elok tu! Continue reading “Monopoli Siaran Sukan Oleh Astro Ditegur”

Bil Bulanan Astro Naik Lagi

'expensive only in Malaysia'

Macam biasalah, kalau dah mula harga minyak naik di pasaran dunia maka serba sedikit semua benda kat dunia ni pasti akan terkena tempiasnya. Tempias dari segi hargalah kebiasaannya. Dari segi pengangkutan, makanan mahupun perkhidmatan pasti merasa kesakitan perubahan harga minyak di dunia ini. Tak Percaya?. Continue reading “Bil Bulanan Astro Naik Lagi”

Blogspot Pun Kena Sekat Di Ofis

Sudah masuk 6 bulan ruangan ini tidak terusik. Bukan kerana aku terlalu sibuk, tetapi kerana aku terlalu malas. Kali ini aku tergerak untuk kemaskini ruangan ini kerana capaian internet di ofis telah di kawal aksesnya. Beberapa laman web terpenting dalam hidup aku seperti Facebook dan Twitter memang sudah lama kena ‘block’ oleh jabatan IT. Masalah kecil itu aku masih boleh tahan lagi, tetapi apabila ruangan blogspot pun mereka ‘block’, maka traumatis la aku nampaknya apabila bekerja di ofis selepas ini.

Continue reading “Blogspot Pun Kena Sekat Di Ofis”