Monopoli Siaran Sukan Oleh Astro Ditegur

Semua orang dah tahu yang Astro telah sekian lama memonopoli kebanyakan siaran-siaran yang penting dan popular di Malaysia. Dah lah bil bulanan Astro aku tinggi melangit, tak percaya sila klik SINI. Hak penyiaran seperti HBO, MAX dan Star Movies adalah penyumbang terbesar dalam populariti Astro. Namun begitu hak penyiaran yang paling menguntungkan pihak mereka adalah daripada siaran sukan. Siaran sukan yang dimonopoli oleh mereka adalah seperti ESPN, Eurosport, ESPNews, STAR Sports, Golf Channel dan banyak lagi. Monopoli hak penyiaran ini telah mewujudkan saingan yang berat sebelah di negara kita.

Tak elok tu! Namun begitu, tabiat membuli (boleh ke guna ayat ni?) pihak Astro ini telah ditegur secara tidak langsung oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) supaya mewujudkan persaingan yang lebih sihat dan digalakkan bekerjasama dengan badan siaran yang lain seperti Media Prima dan juga pihak RTM.

Aku suka!

Ini berikutan dengan tayangan siaran Sukan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur hanya boleh ditonton di siaran Astro sahaja. Siaran televisyen yang lain boleh ambil siaran rakaman sahaja termasuklah RTM sendiri. Publisiti Sukan Malaysia tahun ini adalah sangat muram. Ini memanglah menyusahkan sesiapa sahaja yang tidak melanggan siaran sukan dalam pakej Astro ni.

Oleh yang demikian beliau (Rais Yatim) akan menggubal polisi yang baru agar dominasi siaran sukan tidak dimonopoli oleh satu-satu pihak sahaja. Terutamanya bagi siaran televisyen berbayar (Astro la tu!). Langkah ini dibuat supaya Sukan Malaysia pada tahun depan di Pahang tahun 2012 bakal mendapat liputan meluas dan memberangsangkan oleh semua pihak.

Lepas ni bolehlah kot tengok game Liga Perdana Inggeris kat TV3 kan? Hahahaha

Cerita asal yang dialih bahasa sesuka hati ada disini.

16 thoughts on “Monopoli Siaran Sukan Oleh Astro Ditegur

  1. bagusle camtu.. tak payah susah2 nak langgan astro sport.hehe.. tapi lau de pun, tak banyak kot leh cover, besar belanja tu.. ape pun, tarif baru astro mmg patut tidak dinaikkan.. huhu

  2. Nak tgk jadi ke tak gubal undang2 tu…

    Kalaulah jadi mmg Msia dah prihatin pd rakyat. Kalau sebaliknya…. taik2 ayam ajelah… huahuahua

    1. haa. memang belom jadik undang2 lagi. Tapi pihak kementerian dah keluar arahan untuk jangan naikkan harga, sebab effect pada ribuan pengguna malaysia ni dan bukannya seorang dua. Dah kuar kat paper kan!

      1. Mmg dah keluar dlm paper. Mslhnyer tak pasti bertahan sampai bila. Tak lama akan keluarlah KERAJAAN TAK MAMPU MENYEKAT bla bla bla…. Dah phm dah taktik org politik niπŸ˜›

      2. Cik bEe, kita selaku rakyat mesia ni xbanyak yg mampu kita buat selain dari memprotes kat blog mcm yg kita dok buat ni. Saya pun protes sangat2 tindakan Astro ni, so bila ada govt masuk campur kita pun seeloknya sokonglah tindakan mereka. Manalah tahu kot2 betul2 Astro dilarang naik harga sampai 2020 ke, kan ke untung kita.πŸ™‚

        Andaikata govt pun xleh amik tindakan kat depa ni, barulah lain cerita. Time ni nak kutuk govt pun xde sapa nak larang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s