Jangan Putus Sahabat, Putus Saudara Kerana Politik

Salam buat pembaca semua yang aku sayangi, kerana tanpa korang semua maka tiada siapalah nak baca blog kecil-kecilan aku ni.

Semenjak meletusnya isu Bersih beberapa minggu lepas, banyak jenis cerita yang telah kita dengar dan baca. Ada sekumpulan manusia yang menyokong perhimpunan tersebut dan ada juga yang tidak bersetuju. Aku tidak menyokong mana-mana pihak kerana bagi aku semua perkara boleh dibawa berunding, hatta Nabi Muhammad SAW pun berunding untuk mendamaikan dan mempersaudarakan Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar. Inikan pula kita manusia biasa. Sesungguhnya kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan apa-apa masalah. Percayalah!Tapi yang paling aku sedih bilamana, hanya kerana perkara sebegini kita semua hidup dalam bermusuhan. Terutamanya bagi yang beragama Islam seperti aku. Yang islam bermusuhan sesama sendiri. Bukankahkah kita patutnya bersatu? Bayangkanlah alangkah bahagianya jika kita semua orang Islam dapat bersama-sama bergandingan membangun dan memajukankan Malaysia! Kerana pangkat dan kuasa, kita sanggup membenci, memfitnah, mencerca dan menjatuhkan sesama bangsa.

memutuskan ikatan silaturrahim adalah berdosa ya!

Kerana politik, ramai yang putus sahabat dan putus saudara. Kalau kita tengok status kawan-kawan aku kat FB tu, memang ramai yang bagi link dan pautan ke laman web yang menunjukkan keburukan pemerintah sendiri. Pemerintah kita tu orang Islam juga. Menjatuhkan maruah bukanlah budaya orang Melayu apatah lagi ianya dilarang dalam agama. Lupa kah?

putus sahabat kerana berlainan fahaman politik

Kerana politik jugalah, kawan-kawan dalam Facebook ada yang ‘remove’kan kawan sendiri semata-mata kerana mereka berlainan pandangan politik. Aduhaiii!! Sengal betullah!

10 thoughts on “Jangan Putus Sahabat, Putus Saudara Kerana Politik

  1. mmg pun, kesian kt kawan2 kan.. hehe.. saya pun kira tak suka bersih dan juga tak suka org yg mulut sedap jer.. tapi tak le bermakna saya sokong TEGAR kerajaan. cuma rasa bersih tu cm tak sesuai.. byk benda lagi leh buat kot.. solat jemaah ke… lagi bagus tu..

    dan mmg terasa lau de kawan2 yg beri pendapat tapi mulut alahai.. cuma demi kawan, diamkan je la.. sbb tak mau la sbb tak sefahaman politik habis semua persahabatan yg lama terjalin.. harap mereka2 yg saling hentam menghentam, igtlah perasaan org lain sikit, tak semua sependapat dlm sesuatu perkara..

    salam aman damai..

    1. biasanya kita yang jaga percakapan sebab tak nak lukai hati sesiapa, tetapi mereka ni kadang2 tak jaga mulut langsung. Cakap main lepas aje, kutuk sana, maki sini. Sedangkan itu pun mengumpat nama nya tuh.

  2. Tak patutlah buat mcm ni
    Kat office bEe pun ada juga berperangai mcm ni

    Tp bg pendapat bEe, tak slh utk menyokong mana2 pihak tp yg penting sikap setiakawan tu perlulah ada. Jgn lupa asal usul…. ye tak?🙂

    1. betul tu bee, tak kisah siapa pun yang kita sokong kita tak patut jadikannya terlalu peribadi sehinggakan sanggup putus sahabat dan saudara. Asalnya dulu kita semua bersatu tatkala nak carik kemerdekaan, kenapa sekarang dah tak boleh?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s