EPL Menyatukan Rakyat Malaysia

Salam Ramadhan,

Hari ini masuk hari ke 16 Ramadhan bersamaan 16 Ogos 2011. Hari berpuasa dah masuk separuh jalan pun, harapnya dapat berkekalan puasa aku sepenuhnya. Sepanjang bulan puasa ni tak banyak cerita panas yang aku dengar melainkan berita pasal bazar Ramadhan dan bonus untuk kakitangan kerajaan. Hehehehe.. aku pun dapat tu..

Tambahan pulak sekarang ni dah bermula musim bola English Premier League. Dan ini bermakna musim bosan tanpa aktiviti EPL bagi peminat tegar macam aku ni akan berakhir. Setiap hujung minggu pasti akan dipenuhi dengan jadual perlawanan dan gerenti kedai-kedai mamak akan dipenuhi dengan orang-orang mcam ni. Aku tengok bola kat rumah aje sebabnya dah ada siaran sukan dalam High Definition tu. Huhuhu..

Musim Baru EPL 2011/12

Tapi yang paling penting bagi aku lah kan, dengan adanya EPL ni secara tak langsung menyatukan rakyat Malaysia. Walaupun diorang ni menyokong lain-lain pasukan, sekurang-kurangnya mereka masih ada aktiviti yang sihat. Mereka masih boleh duduk semeja dan sekedai untuk tengok bola ramai-ramai. EPL ni semusim aje dah dekat 10 bulan tempohnya. Aman Malaysia ni sepanjang musim EPL agaknya.

Ingat lagi waktu Malaysia lawan Singapore untuk perlawanan kelayakan ke Piala Dunia yang lepas? penuh Stadium Bukit Jalil dengan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik. Kuatnya aura pukulan bola sepak ni. Tambahan lagi bayangkan ajelah, bila penyokong Manchester United boleh duduk semeja dengan peyokong Liverpool dan penyokong Arsenal sambil minum kopi dan makan rotic anai dan gelak-gelak. Yang berbeza pun cuma pasukan sokongan tapi minat masih sama. Kan meriah tu.

Adatlah dalam semua permainan mesti ada yang menang dan kalah. Tapi itulah keseronokan dan thrillnya menjadi penggemar sukan bola sepak ini. Andaikata pasukan yang diorang tu kalah dengan pasukan lain, takdelah sampai nak bergaduh berparang-bagai. Cuma sindiran dan sorakan aje yang akan kedengaran.

Bukannya seperti dalam sandiwara politik seperti waktu nak pilihanraya, masyarakat hidup berpecah-belah, berpuak-puak, memfitnah sana-sini, bergaduh pun ada. Hilang perpaduan kaum, bermusuhan sesama sendiri, kekadang tu putus sahabat, putus saudara pun ada gak. Semuanya kerana pegangan politik yang berbeza. Kat wall FB aku penuh dengan umpatan friends aku yang mengutuk para pemimpin kerajaan. Lupa agaknya, kan ke dosa mengumpat tu!

Sebab tu aku benci politik.

7 thoughts on “EPL Menyatukan Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s