Menukar Gambar Moden Kepada Klasik

Salam semua.

Sungguh susah rasanya nak dapat mood untuk menulis semula blog ini selepas berehat terlalu lama. Aku berehat terlalu lama sehinggakan aku merasakan blogging ini tidak memberikan apa-apa makna buat aku. Aku silap, sebab aku lupa tujuan asal aku menulis adalah untuk berkongsi pendapat dan pandangan dengan para pembaca yang lain.

Selepas menulis sebanyak 2-3 baris ini, barulah mood menulis tu mula datang semula secara perlahan. Daripada tak ada idea untuk menulis, sekarang ni aku dah dilimpahi idea yang berlambak-lambak. Rasa macam boleh buat 2-3 entri untuk malam ini.πŸ™‚

Hari ini aku nak berkongsi perisian percuma yang korang boleh cuba. Bagi yang suka meng’edit’ gambar pasti dah biasa dengan perisian popular berbayar seperti Photoshop, ataupun perisian percuma seperti GIMP dan Photoscape. Semua perisian ini mempunyai tujuan yang sama, iaitu berkemampuan mengubah, mengedit, dan juga mencipta imej/gambar.

Apa kata korang cuba pula PIXLR-O-MATIC. Perisian ini berfungsi untuk menukar gambar yang sedia ada menjadi gambar yang seakan-akan klasik, retro dan uzur. Perisian ini sangat simple penggunaannya. Hanya pilih gambar yang mahu diedit, kemudiannya pilih salah satu daripada puluhan setting yang diberi dan terus ‘save’ ke komputer.

Contoh yang aku buat macam ni:

Sebelum diedit
selepas diedit

Sebelum dan selepas diedit.

Korang boleh terus edit gambar secara online di SINI dan korang juga boleh download terus ke komputer.

13 thoughts on “Menukar Gambar Moden Kepada Klasik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s