Font Apa Yang Sesuai?

Semua orang yang berblogging mahukan ramai pembaca di blog mereka. Mungkin adakalanya ramai yang singgah membaca dan adakalanya langsung tiada pembaca dalam satu-satu hari. Sangat mendukacitakan.

Comparison of lowercase letter typeform B,P,D,...

Aku pun begitu.

Tapi aku dapati perkara pertama yang pembaca akan nampak selepas selesai ‘loading page’ blog kita adalah kandungan-kandungan teksnya. Boleh ke mereka nampak semua tulisan yang kita taip itu, ataupun mereka cuma nampak imej-imej lain selain isi kandungan yang kita tulis.

Teks sepatutnya boleh dibaca. Kalau susah dan sukar dibaca, maka tukarlah fonts yang lebih MUDAH DIBACA.

Dulu, aku suka mencuba banyak jenis ‘fonts’. Daripada yang sangat ‘fancy’ sehinggalah ke ke ‘fonts’ yang aku sendiri tidak faham hendak membacanya.

JADI, APA FONTS YANG SEPATUTNYA KITA GUNA?

Daripada apa yang aku baca, ada 2 jenis kumpulan pembaca yang berbeza. Yang pertama adalah pembaca yang sukakan ‘fonts‘ yang ‘simple‘, dan keduanya pembaca yang sukakan ‘fonts‘ yang ‘fancy‘.

Jika sesebuah teks yang menggunakan ‘ simple fonts‘ akan dapat dibaca dalam tempoh 8 minit, ini bermakna masa yang diambil untuk membaca teks yang sama tetapi dengan ‘ fancy fonts‘ akan mengambil masa sehingga 15 minit.

Secara jujurnya, jika sesiapa menulis blog mereka dengan ‘fancy fonts‘, agaknya siapakah nak habiskan masa 15 minit untuk membacanya? apatah lagi blog itu milik orang yang dia tak kenali? anda baru sahaja terjumpa dengan blog tersebut, tetapi terus tawar hati hendak membaca isinya.

Apatah lagi kalau teks yang kita tulis itu berbentuk panduan, arahan ataupun panduarah. Secara psikologinya,  ‘fonts fancy‘ lebih memeningkan pembaca, berbanding ‘simple fonts‘ yang lebih senang memahaminya.

Kecualilah anda seorang yang sangat popular, apa sahaja yang ditulis pasti akan dibaca oleh pengikut-pengikut blog anda kan? Walaupun ‘fonts’ yang digunakan sangat ‘fancy’.

7 thoughts on “Font Apa Yang Sesuai?

  1. Aku lebih suka baca blog yg fonts nya simple,seperti news times roman,yang fancy mintak maaf ler mmg terus tekan pangkah….satu lagi yang guna fonts kaler2…sakit mata nak baca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s