Tahun ini adalah tahun ‘berusaha lebih gigih’

Tak semua yang saya rancang pada tahun 2011 menjadi kenyataan, malah kebanyakan yang saya rancang langsung tiada tanda-tanda ianya akan menjadi kenyataan. Saya akur kehendak tuhan, saya akui kelemahan yang ada. Tapi saya yakin, dengan kegagalan yang saya tempuhi pada 2011, saya dapat banyak pengalaman daripadanya. Antara yang penting adalah:

a. Saya masih belum dapat selesaikan dokumentasi pembelian rumah (tahun 2012 mungkin selesai). Berkat daripada pengalaman kesilapan membeli rumah pada 2005, maka saya beli rumah yang sudah siap sahaja. Cuma perlu proses dokumentasi sahaja.

b. Saya masih belum dapat bertukar tempat kerja. 2 tahun duduk berjauhan dengan isteri dan anak memang memeritkan jiwa dan raga. Kos dan juga tenaga banyak membazir. Harap-harap tahun ini saya boleh bertukar ke kawasan Selangor atau Kuala Lumpur.

c. Menambah bilangan ahli keluarga masih belum tercapai. Usaha lebih gigih diperlukan dan tawakkal sahaja. Yang seorang ini pun sudah masuk darjah 1.

Justeru, saya percaya hanya dengan usaha gigih sahaja maka kita boleh mencapai hasrat masing-masing. Jika pada tahun 2011 adalah tahun memasang niat, dan tahun 2012 adalah tahun untuk saya berusaha mencapainya dengan lebih gigih 120% usaha.

One thought on “Tahun ini adalah tahun ‘berusaha lebih gigih’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s