Kebebasan Bersuara pun ada hadnya

Bukan saya hendak mempertikaikan hak untuk bersuara rakyat Malaysia, tapi adakah kebanyakan mereka ini faham sebenarnya bagaimana hendak bersuara? Apa yang saya nyatakan disini sekadar luahan isi hati yang terbuku lamanya.

Semenjak popularnya medium internet ini, ramai orang-orang kita yang singkat akalnya telah menyalahgunakannya. Mereka ini melepaskan perasaan amarah dan tidak puas hatinya di internet. Lebih-lebih lagi di ruang Facebook. Setiap hari pasti ada sahaja komen-komen berunsur cacian, makian, hinaan, tidak lupa juga komen yang berbaur ugutan.

Mereka patut tahu, setiap komen yang mereka buat dibaca oleh ramai orang. Apabila ramai yang membacanya, pelbagai tafsiran boleh dibuat. Adakalanya komen yang pada firasat mereka berunsur gurauan tetapi boleh disalahtafsir sebagai satu ugutan. Apatah lagi jika orang yang membuat komen itu berada di posisi yang turut mendatangkan curiga.

Jika ada mana-mana komen yang dibuat mewujudkan rasa ugutan pada satu-satu pihak, maka mereka boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa. Walaupun pihak yang terasa diugut itu merupakan kumpulan ‘minoriti’ masyarakat.

Bayangkan jika seorang pekerja atapun pelajar dibidang kejuruteraan membuat ugutan hendak meletakkan bom di mana-mana. Memang logiklah jika pihak berkuasa akan panik, kerana mungkin dia mahir di dalam bidang sedemikian.

Itu belum dikira artikel dan entri-entri yang dibuat di dalam laman web dan blog yang bersifat terlalu anti-kerajaan dan juga anti-pembangkang. Kebanyakan kandungan yang dibuat selalunya bersifat menghasut ke arah keburukan. Contoh yang paling mudah adalah hasutan untuk berdemonstrasi. Gunakan saluran yang komunikasi ada. Demonstrasi bukanlah cara yang betul untuk menyampaikan maksud. Cuba perhatikan, walaupun niat asal berdemonstrasi itu memang baik tetapi peserta demonstrasi tersebut biasanya terlalu obses dan fanatik. Keganasan selalunya berlaku. Disinilah fungsinya pihak keselamatan.

Tidak salah hendak menyuarakan pendapat dan pandangan. Tetapi fikirkanlah sensitiviti orang lain. Kalau boleh jangan libatkan isu perkauman, jangan libatkan isu keselamatan dan jangan libatkan isu agama.

Perkara ini mungkin biasa bagi anda tetapi sangat sensitif bagi mereka. Fikir-fikirkanlah.

3 thoughts on “Kebebasan Bersuara pun ada hadnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s