Idea dan hujan adalah sama

Ia datang sesuka hatinya, tapi bila dicari entah bila kan kunjung tiba

Walaupun dunia semakin menggila dengan teknologi, sayangnya belum ada lagi francais-francais yang berani menjual idea-idea. Kalau wujud kedai sebegitu barangkali tuan kedai tu dah kaya raya melebihi Bill Gates agaknya.

Idea ni datang selalunya secara tak diduga. Ia bukannya sama macam nak petik buah rambutan yang boleh kita pilih nak makan yang mana satu. Biasanya buah rambutan ini kita akan petik yang berwarna merah, kupas kulitnya dan makan, tapi kalau buah yang masih hijau kita tak usik langsung. Kita tahu ianya masih muda. Ini maknanya kita ada pilihan bukan?

Continue reading “Idea dan hujan adalah sama”

‘Duit bukanlah segalanya’ ~ tapi kebanyakan perkara perlukan duit

Semakin hari dunia ini semakin gila. Semakin hari jugalah kos sara hidup naik menggila. Kalau dahulunya kos sara hidup di K.L dan J.B sahaja yang di’cop’ sangat mahal, tapi sekarang ni kos sara hidup kat area hulu-hulu seperti di Raub (Pahang) dan Banting (Selangor) juga turut naik mendadak.

Terimalah hakikat kalau aku katakan untuk hidup senang dalam zaman ni, duit adalah perkara yang paling wajib kena ada. Kalau pepatah ada kata ‘duit bukanlah segalanya‘ itu hanyalah ayat orang-orang yang memang dah banyak duit dan mungkin juga orang yang tengah mabuk bercinta.

Continue reading “‘Duit bukanlah segalanya’ ~ tapi kebanyakan perkara perlukan duit”

Sasaran Dalam Hidup

Hidup hanya sekali jadi gunakanlah sebaik-baiknya. Tak salah kalau saya katakan semua orang nak menjadi manusia yang berjaya dan bahagia. Saya juga begitu, saya mahu jadi manusia yang berjaya dalam hidup. Bagi saya ‘berjaya‘ bermaksud menjadi kaya dan berharta. ‘Bahagia‘ pula bermaksud saya dapat membuat sesuatu yang menggembirakan setiap hari dan setiap masa.

Continue reading “Sasaran Dalam Hidup”