Sasaran Dalam Hidup

Hidup hanya sekali jadi gunakanlah sebaik-baiknya. Tak salah kalau saya katakan semua orang nak menjadi manusia yang berjaya dan bahagia. Saya juga begitu, saya mahu jadi manusia yang berjaya dalam hidup. Bagi saya ‘berjaya‘ bermaksud menjadi kaya dan berharta. ‘Bahagia‘ pula bermaksud saya dapat membuat sesuatu yang menggembirakan setiap hari dan setiap masa.

Untuk menjadi berjaya dan bahagia, banyak pengorbanan perlu dibuat. Usaha yang dibuat perlu berlipat-lipat ganda. Kalau berusaha cuma sekali dan terus mengharapkan kejayaan maka semakin jauh lagilah kejayaan itu daripada kita. Saya tahu sebab saya sedang merasakannya.

Saya mempunyai kerjaya, tetapi saya tidak bahagia kerana pengorbanan yang saya beri amat banyak. Apa gunanya mempunyai kerjaya dan bergaji tetap tetapi hidup berjauhan daripada orang tersayang.

Saya juga mahu berjaya tetapi usaha saya masih belum mencukupi. Sekadar mempunyai harta sahaja belum memadai. Saya mahu lebih dari itu. Ini bukan TAMAK tetapi DORONGAN. Saya terdorong untuk mengumpul harta, percayalah harta inilah yang boleh membantu sekiranya ada masalah kelak.

Saya mahu merasakan mempunyai rumah dan kereta yang besar. Dalam masa yang sama saya juga mahu berasa bahagia, saya mahu memiliki kerjaya yang saya suka dan saya mahu sentiasa berada bersama keluarga tersayang. Semua ini perlukan usaha yang jauh lebih giat daripada apa yang saya buat sekarang.

Memang kita digalakkan untuk hidup bersederhana, tetapi kita hidup hanya sekali. Saya mahu merasai segalanya. Tidak salah bukan?

2 thoughts on “Sasaran Dalam Hidup

  1. berusaha seolah2 kita hidup 100 tahun lagi, dan beribadah seolah2 kita tiada esok hari.. tak salah nak kaya, cuma cara mendapatkannya betul dan tidak menunjuk2 bila dah kaya.. takut riak pulak kan…

    seiring dgn ibadah, lagi bagus.. sama2lah kita usaha utk kaya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s