‘Duit bukanlah segalanya’ ~ tapi kebanyakan perkara perlukan duit

Semakin hari dunia ini semakin gila. Semakin hari jugalah kos sara hidup naik menggila. Kalau dahulunya kos sara hidup di K.L dan J.B sahaja yang di’cop’ sangat mahal, tapi sekarang ni kos sara hidup kat area hulu-hulu seperti di Raub (Pahang) dan Banting (Selangor) juga turut naik mendadak.

Terimalah hakikat kalau aku katakan untuk hidup senang dalam zaman ni, duit adalah perkara yang paling wajib kena ada. Kalau pepatah ada kata ‘duit bukanlah segalanya‘ itu hanyalah ayat orang-orang yang memang dah banyak duit dan mungkin juga orang yang tengah mabuk bercinta.

Apatah lagi bagi orang yang dah berkeluarga dan juga dah ada cahaya mata. Semua perkara (kalau bukan semua pun mungkin 90%) memerlukan duit untuk urusan harian. Contohnya belanja wajib sesebuah keluarga termasuk belanja dapur, bil-bil bulanan, lampin bayi (kalau ada anak kecil), duit kereta, duit rumah, insuran bulanan (yang ni wajib) dan juga duit rokok (okay, yang ni tak elok).

Cuba fikirkan, tempat ‘parking’ untuk orang awam, tandas awam yang kegunaannya pun untuk semua, malah tempat rekreasi pun adakalanya perlu berbayar. Gila sungguh dunia ini.

Hampir semua perkara memerlukan duit.

Malah nak menguruskan orang mati pun memerlukan duit juga.

2 thoughts on “‘Duit bukanlah segalanya’ ~ tapi kebanyakan perkara perlukan duit

  1. sangat setuju dengan ayat ini “duit bukan segala – galanya, tapi kebanyakan perkara perlukan duit”. Pusing kiri kena duit, pusing kanan kena duit.

    1. dunia sekarang bukan macam dulu lagi kan. Duit memainkan peranan penting. Nak duit kena kerja. Nak duit banyak kena la cari kerja yang bagus2. Nak kerja bagus2 kena la belajar pandai2.

      Simple kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s