Idea dan hujan adalah sama

Ia datang sesuka hatinya, tapi bila dicari entah bila kan kunjung tiba

Walaupun dunia semakin menggila dengan teknologi, sayangnya belum ada lagi francais-francais yang berani menjual idea-idea. Kalau wujud kedai sebegitu barangkali tuan kedai tu dah kaya raya melebihi Bill Gates agaknya.

Idea ni datang selalunya secara tak diduga. Ia bukannya sama macam nak petik buah rambutan yang boleh kita pilih nak makan yang mana satu. Biasanya buah rambutan ini kita akan petik yang berwarna merah, kupas kulitnya dan makan, tapi kalau buah yang masih hijau kita tak usik langsung. Kita tahu ianya masih muda. Ini maknanya kita ada pilihan bukan?

Idea bukan sebegitu.

Idea untuk berblogging pun sama sahaja. Kadang-kadang blog tidak diupdate langsung dek kerana idea yang tak kunjung tiba. Bukan salah penulislah kalau macam tu kan! Jadi, persoalannya sekarang adalah mana nak cari idea yang selebihnya tu?

Saya tak tahu. Idea akan datang sendiri. Sedar atau tidak itu atas tahap pemikiran kita sendiri.

Tapi bila?

Saya tak tahu juga. Sebaliknya idea ini akan datang dalam waktu yang kita sendiri tak jangka. Adakalanya waktu siang, waktu malam, waktu sedang makan tengahari, sedang memandu, sedang mandi, sedang termenung dan mungkin juga ketika sedang tidur.

Kesimpulannya mudah.

  1. Bersedialah sepanjang masa.
  2. Sediakan nota dan pen yang boleh dicapai ketika berada diluar rumah.
  3. Gunakan ‘smartphone’ dan catat idea tersebut.
  4. Kenalpasti ‘kata kunci’ idea tersebut.

Powered by Qumana

11 thoughts on “Idea dan hujan adalah sama

  1. idea memang akan datang tak kira masa, kadang-kadang bila ianya datang dan kita tak tulis , idea tu akan dibazirkan begitu saja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s