Saya belum perlukan tablet

Sekarang ini dimana sahaja kita berada kita boleh nampak tablet di merata alam. Hatta budak-budak kecil pun sudah mula mengususng tablet ni kesana-sini. Kalau dahulu-kala orang dewasa cuma membawa telefon bimbit dan laptop sahaja, tetapi sekarang ni tablet telah menjadi trend.

Pembuka trend tablet ini adalah iPad daripada Apple dan kini di Malaysia sudah banyak jenama tablet yang wujud seperti Samsung, Asus, HTC dan juga Motorola. Sungguhpun begitu, iPad masih lagi menjadi idol pada penggemar tablet. Harganya juga masih dalam lingkungan RM1K – RM2K, dan masih merupakan harga mampu bagi sesebuah tablet.

Saya percaya faktor yang yang paling mempengaruhi popularnya tablet ini adalah ‘mobility’. dengan saiz yang kecil, kita boleh bawa kemana sahaja dengan labih selesa.  Saiz yang paling popular mungkin tablet bersaiz 7 inci, manakala saiz yang selain saiz tadi agak janggal kalau dibawa berjalan. Malah tablet ini juga buat apa yang biasanya laptop boleh buat.

Tapi sayangnya, saya tak nampak pentingnya tablet ini. Jika tablet boleh digunakan untuk melayari internet, laptop saya juga boleh buat dengan lebih baik lagi. Jika tablet ini boleh digunakan untuk tujuan permainan, laptop saya jauh lebih baik prestasinya. Malah apa yang tablet boleh buat laptop juga boleh buat tetapi dengan lebih baik lagi.

Jadi, saya rasa tablet ini masih tidak diperlukan berbanding dengan laptop. Walaupun saya akui sangat teruja dengan tablet-tablet baru di pasaran, tetapi untuk memilikinya mungkin belum masanya lagi.

Jadi, jika anda mahu memiliki tablet, apa tujuannya?

Kalau anda setuju dengan pandangan saya, bolehlah ‘like’ dibawah.

2 thoughts on “Saya belum perlukan tablet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s