Misi 2013

Akhirnya, Januari tiba lagi. Selepas setahun berlalu kini ia mucul semula. Cepat sungguh masa berjalan, atau adakah masa itu berlari, ataupun masa itu terbang? Kenapa cepat sangat?

Image
pix pinjam 123rf.com

Tahun baru biasanya hadir dengan azam yang baru. Belum pun selesai memikirkan pazal azam 2012, kini muncul semula tahun yang baru.

Tapi, perlukah semua azam ini? Ramai sangat yang skeptikal dengan topik azam baru ini. So?

Biarkan sahaja!

Lebih baik fokus untuk capai azam yang lepas (kalau masih belum tercapai) dan masukkan ia dalam azam tahun baru ini. Mungkin tahun ini ianya dapat dicapai.

Tahun ini, azam baru masih tak jauh beza. Nak mencapai apa-apa yang patut, tapi kena ada USAHA dan KESUNGGUHAN.

Tiada jalan pantas untuk kejayaan.

Saya tahu.