Cetak Photobook Guna UPrint

Bagi mereka yang suka mengambil gambar-gambar tak kiralah menggunakan kamera mahupun telefon bimbit biasanya kesemua gambar tersebut akan dicuci di kedai gambar. Setiap gambar ini kemudiannya dicetak secara berkeping-keping dan dimuat di dalam album gambar.

Tetapi pernahkah kita mencetak kesemua gambar tersebut dan diterbitkan di dalam sebuah buku foto? Saya pernah menggunakan perkhidmatan mencetak gambar menjadi buku menggunakan perisian UPrint.

Apa Itu UPrint?

UPrint ini adalah produk Ultimate Print Sdn. Bhd dan merupakan syarikat yang bekerjasama dengan syarikat ternama iaitu Karangkraf.

Menggunakan perisian ini kita boleh menerbitkan buku bergambar mengikut citarasa masing-masing. Ia boleh digunakan bagi tujuan perkahwinan, sambutan ulangtahun, percutian, perayaan, hari graduasi dan macam-macam lagi. Ia boleh dijadikan sebagai buku kenangan yang lebih mudah disimpan dan lebih mudah untuk dikategorikan berbanding dengan konsep album gambar yang konvensional.

Image

Bagaimana Menggunakannya? Untuk menggunakannya kita perlu memuat turun perisiannya terlebih dahulu. Perisian tersebut boleh dimuat turun di laman web UPrint ini. Selepas memuat turun dan menjalankan perisian ini, kita diberi pilihan untuk memilih jenis-jenis buku foto yang dikehendaki seperti dibawah.

uprint

Langkah seterusnya, anda boleh pilih gambar-gambar yang hendak dimasukkan ke dalam buku ini dan susun mengikut citarasa masing-masing. Terdapat beberapa tema latar belakang dan juga bingkai untuk setiap gambar yang boleh dipilih untuk dicuba.

Ini adalah contoh yang pernah saya buat.

uprint 3

Cara Bayaran dibuat

Selepas berpuas hati, bolehlah ditekan butang tempahan dan bayaran boleh dibuat menggunakan mana-mana cara dibawah:

banks-payments

Buku foto ini akan dihantar kepada kita dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan dijangka sampai dalam masa 2-3 hari sahaja.

Saya sangat berpuas hati dengan UPrint ini, dan sehingga kini saya sudah pun memiliki 3 jenis buku foto pelbagai saiz dan warna. Mungkin saya akan tambah sebuah lagi buku foto ini bertemakan hari raya aildilfitri yang akan datang.

Selamat mencuba.

Advertisements

Update Blog guna IPad mini

Akhirnya aku kembali untuk update blog selepas kali terakhir membuat entri pada bulan Januari yang lepas. Aku hampir-hampir terlupa berkaitan blog ini.

Tetapi kali ini agak istimewa kerana entri ini dibuat bukan lagi menggunakan laptop kesayangan aku itu, tetapi dengan menggunakan iPad mini. Nampaknya aku semakin senang dengan kemudahan membuat entri secara ‘mobile’ ini.

Aku tarik semula apa yang aku tulis pada April 2012 berkaitan tiada keperluan menggunakan tablet ini. Dulu mungkin aku jahil sedikit.

Secara jujurnya, iPad mini ini aku gunakan untuk update blog aku yang lain tetapi selepas menjumpai aplikasi WordPress di Apple store ini aku semakin teruja untuk kembali membuat entri dengan lebih kerap.

Untuk pengetahuan juga, buat masa ini aku menguruskan 5 blog secara bersendiri. Memang tak terjaga langsung dibuatnya.

Harap-harap selepas ini boleh dapat mood blogging semula.

20130611-220736.jpg

Salam.