Review filem – Planes: Fire and Rescue

Aku memang teruja setiap kali ada tayangan animasi terbaru di pawagam. Tidak ada satu pun filem animasi terbaru yang tidak ditonton. Filem animasi terakhir yang aku tonton di pawagam adalah How To Train Your Dragon 2. Menonton filem animasi di pawagam ni aku dah jadikan aktiviti bulanan. Sekurang-kurangnya dapat bawa famili bersama menonton filem ini.

planes fire and rescue

Aku memang kagum dengan filem animasi ini terutamanya animasi keluaran Disney dan Pixar. Setiap kali animasi baru dikeluarkan, semakin cantik kualiti animasi tersebut. Jalan cerita aku letak nombor 2, sebab keutamaan aku adalah hiburan. Kalau nak cerita yang munasabah dan layak diterima akal baik pergi tengok rancangan National Geographic.

Filem Planes: Fire and Rescue ni adalah filem sekuel kepada filem animasi Planes yang ditayangkan pada tahun lepas. Filem Planes ni menggunakan konsep dunia kenderaan yang sama seperti animasi Cars. Kalau mereka yang pernah menonton Planes, pasti kenal dengan watak-watak utama animasi ini. Dan kali ini diperkenalkan lagi beberapa karakter baru yang diharap menambah warna dalam dunia Planes ini. Kalau nak tau jalan cerita rasanya kalian boleh tengok kat filem review yang lain. Aku nak fokuskan cuma pada tahap hiburan yang boleh diberikan oleh animasi ini.

Snapshot dari dalama pawagam. Senget sebab duduk seat depan.
Snapshot dari dalam pawagam. Senget sebab duduk seat depan sangat.

Bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 5-12, filem ini digalakkan untuk ditonton. Bukan hanya kerana unsur-unsur kekanakan yang penuh dengan warna-warni, tetapi juga unsur kemanusiaan yang diterapkan sebagai teras filem animasi ini. Filem animasi ini juga ditujukan khas kepada para firefighters/bomba. Paparan kebakaran hutan, kemampuan kapal terbang beraksi di udara dan memadam kebakaran merupakan scene terbaik yang dipamerkan dalam filem animasi ini. Paparan CGI untuk beberapa scene memadam kebakaran dalam filem ni memang aku sangat kagum.

Cuma apabila diselitkan adegan yang mengaitkan watak-watak animasi ini dengan karakter rancangan retro di tv bersiri 70an iaitu ‘CHiPs’ aku tak pasti kanak-kanak zaman sekarang akan faham. Aku faham sebab aku retro. Kalau kalian pun tak kenal dengan ‘CHiPs’, elok Google cepat-cepat.

tv series tahun 70an. Aku pun tengok tapi aku dah lupa.
tv series tahun 70an. Aku pun tengok tapi aku dah lupa.

Pada asalnya filem ini disarankan akan terus ke DVD, tetapi akhirnya masuk juga ke pawagam. Memang diakui sekuel ini adalah jauh lebih baik daripada filem yang pertama. Durasi filem cuma 1 jam 23 minit. Sayangnya, aku masih tak rasa filem ni akan jadi buah mulut orang ramai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s