Perancangan Filem Marvel dan DC Sehingga ke Tahun 2020

Perang filem antara Marvel dan DC sudah mula terasa. Walaupun Marvel sudah mula jauh lebih awal dengan kombinasi filem yang mencapai tahap ‘box office’, namun DC juga tak mahu ketinggalan. Perancangan filem superhero ini sudah pun dijalankan dan ianya melangkau sampai ke tahun 2020. Dasyat tu!

Boleh jadi filem DC bakal mengatasi kehebatan filem-filem Marvel, siapa tahu? Dan kebarangkalian kecil mungkin juga satu hari nanti boleh ada ‘crossover’ filem antara Superman dan Captain America. Sangat menarik dan sangat awesome.

Update yang terbaru (9 Feb 2015) pula telah mengesahkan karakter Spiderman pula telah dibenarkan oleh pihak Sony Entertainment untuk digunakan Marvel di dalam perancangan filem mereka. Ini menyebabkan berlaku perubahan besar kepada perancangan asal filem Marvel yang tidak menyenaraikan langsung karakter Spiderman dalam list mereka. Spiderman adalah salah satu watak besar dalam Marvel Comics dan mereka tak mahu watak ini ketinggalan dalam dunia filem Marvel.

Sedikt pasal sejarah kenapa Spiderman bukan hak milik mutlak Marvel. Pada 1985, Marvel telah menjual hak penerbitan filem Spiderman kepada sebuah penerbitan kecil iaitu Cannon Films. Cannon Films cuba menerbitkan semula filem ini tetapi akhirnya jatuh bankrap. Hak milik penerbitan watak Spiderman ini bertukar tangan kepada beberapa pihak sehingga masuk ke mahkamah berikutan hak milik ini. Akhirnya Marvel dapat semula hak milik pada 1999 dan menjualnya kepada Sony Entertainment pada harga 7 Juta USD. Sony memegang hak milik mutlak Spiderman sehingga ke hari ini.

Ok, boleh set tarikh dalam kalendar untuk semua filem di bawah.

marvel vs dc

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s