Bukan senang kalau jadi ketua

Jadi orang bawahan bermakna mesti ada orang atasan. Biarpun orang atasan itu merupakan kawan baik kita sendiri, dia masih merupakan orang atasan. Dia masih lagi seorang boss.

Aku berpengalaman berkhidmat di dalam tentera. Dan percayalah kalau aku cakap untuk menjadi seorang pegawai tentera ini, bukan sesuatu yang semua orang boleh buat dengan betul. Walaupun aku menjadi pegawai kadet selama 2 tahun sebelum
ditauliahkan, tidak ada sillabus yang mengajar bagaimana untuk menjadi ketua yang baik. Semuanya bergantung kepada pengalaman sahaja. Tempoh 12 tahun belum pasti dapat mengajar bagaimana menjadi ketua dengan baik.

Sekarang ini aku dah tinggalkan alam tentera dan bekerja dalam sektor awam. Jawatan yang aku sandang sekarang ini meletakkan aku di tengah-tengah kitaran organisasi. Ini bermakna aku ada orang bawahan untuk diurus dan ada orang atasan untuk aku berkhidmat. Aku tak boleh guna konsep ketenteraan dalam suasana kerja sekarang ini.

Dalam tentera, arahan datang daripada pegawai atasan, dan orang bawahan akan melaksanakannya tanpa mempertikaikan apa jua alasan disebaliknya. Itu adalah disiplin di tahap tertinggi. Sebab itu lebih mudah menguruskan orang bawah bila menjadi ketua di dalam tentera. Aku tahu sebab aku pun terpaksa ikut arahan macam tu.

20140409-005323.jpgTapi sekarang lain caranya. Aku tak boleh nak bagi arahan seperti cara yang aku biasa buat dulu-dulu. Aku ingatkan pengalaman 12 tahun dulu sudah cukup untuk menyediakan aku untuk menjadi ketua, tapi sebenarnya aku masih kosong dalam menjadi ketua. Dulu, arahan biasanya berbunyi “i want it done, by hook or by crook”. Sekarang aku tak bolehlah cakap macam itu lagi. pendekatan yang rasional kena guna kalau nak capai objektif. nampaknya kehidupan dalam dunia awam ini jauh lebih susah daripada dunia tentera.

Ada yang boleh mengarah tapi tak boleh mengurus, ada yang yang boleh mengurus tapi tak pandai mengarah pula. Pendek kata tak semua orang mempunyai ciri-ciri ketua yang lengkap.

 

Perlukah diberi antibiotik untuk demam dan selsema?

Screenshot 2014-02-22 14.25.14

Q: Anak saya berumur 3 tahun dan dia agak kerap mengalami selsema dan batuk hampir setiap bulan. Apabila saya membawanya ke klinik, doktor memberi antibiotik. Soalan saya, adakah penggunaan antibiotik yang terlalu kerap iaitu setiap bulan menyebabkan antibodi anak saya lemah dan kerap mendapat jangkitan yang sama. Untuk pengetahuan doktor, saya akan pastikan anak saya mengambil antibiotik sehingga habis. Terima Kasih. (Syafeeza)

A:  Kebanyakan jangkitan batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan kuman virus, dan bukannya jangkitan kuman bakteria. Rawatan antibiotik hanya berkesan untuk jangkitan bakteria sahaja. Sekiranya demam selsema dan batuk itu tidak serius, antibiotik tidak akan merawatinya ataupun mengurangkan tempoh jangkitan tersebut.

Pengambilan antibiotik dengan tidak betul (tidak diperlukan, antibiotik yang salah, atau tidak mengikut sukatan, kekerapan atau tempoh rawatan) boleh memudaratkan keadaan. Salah satu kebimbangan doktor adalah kemunculan kuman bakteria yang rintang terhadap antibiotik (antibiotic resistant bacteria) atau superbug. Salah satu penyebab adalah penggunaan…

View original post 202 more words