Beyond Instagram: Photo Editing and Typography Apps

Aplikasi Untuk Mengedit Gambar Selain Instagram

The Daily Post

Last year, we shared some of our favorite photo apps and alternatives to Instagram. We’ve since discovered more photo apps, some free and some a few bucks each, as well as options focusing on specific effects (such as adding text and enhancing images with typography). Here are some options worth checking out.

View original post 402 more words

Font Free – Aplikasi iPad – Letak Tulisan Atas Gambar

Sudah banyak aplikasi di Google Play dan di Apple Store yang boleh buat kita meletakkan tulisan-tulisan atas imej dan gambar.

Biasanya bagi tujuan motivasi dan penyampaian mutiara kata-kata. Contohnya:ImageImageImage

Image

Image

Jadi kalian boleh mencipta hasil motivasi seperti di atas dengan menggunakan aplikasi Font Free – Text Overlay for Photos di Apple Store.

Image

Ini contoh yang saya buat:

20130715-185204.jpg

Kenapa Nokia?

Telefon pintar kedua saya adalah Nokia Asha 501.

Salah satu sebab utama kenapa saya pilih Nokia Asha 501 ada dalam gambar di bawah.

Image

Saya suka dengan warnanya yang sangat vibrant dan striking. 

Image

Dan yang paling penting adalah harganya yang sangat rendah iaitu RM299 sahaja.

KEKURANGAN:

  1. Saiz skrin cuma 3 inci.
  2. OS adalah Nokia Asha software platform 1.0 dan bukannya Android ataupun Windows Phone.
  3. Aplikasi dalam ovi store masih kurang.

KELEBIHAN:

  1. Murah
  2. Cantik dan comel
  3. Dual Sim kad.
  4. Saiznya yang kecil.

Warna housing apa yang anda suka?

Ikuti saya di Twitter : mrFaizul

Cetak Photobook Guna UPrint

Bagi mereka yang suka mengambil gambar-gambar tak kiralah menggunakan kamera mahupun telefon bimbit biasanya kesemua gambar tersebut akan dicuci di kedai gambar. Setiap gambar ini kemudiannya dicetak secara berkeping-keping dan dimuat di dalam album gambar.

Tetapi pernahkah kita mencetak kesemua gambar tersebut dan diterbitkan di dalam sebuah buku foto? Saya pernah menggunakan perkhidmatan mencetak gambar menjadi buku menggunakan perisian UPrint.

Apa Itu UPrint?

UPrint ini adalah produk Ultimate Print Sdn. Bhd dan merupakan syarikat yang bekerjasama dengan syarikat ternama iaitu Karangkraf.

Menggunakan perisian ini kita boleh menerbitkan buku bergambar mengikut citarasa masing-masing. Ia boleh digunakan bagi tujuan perkahwinan, sambutan ulangtahun, percutian, perayaan, hari graduasi dan macam-macam lagi. Ia boleh dijadikan sebagai buku kenangan yang lebih mudah disimpan dan lebih mudah untuk dikategorikan berbanding dengan konsep album gambar yang konvensional.

Image

Bagaimana Menggunakannya? Untuk menggunakannya kita perlu memuat turun perisiannya terlebih dahulu. Perisian tersebut boleh dimuat turun di laman web UPrint ini. Selepas memuat turun dan menjalankan perisian ini, kita diberi pilihan untuk memilih jenis-jenis buku foto yang dikehendaki seperti dibawah.

uprint

Langkah seterusnya, anda boleh pilih gambar-gambar yang hendak dimasukkan ke dalam buku ini dan susun mengikut citarasa masing-masing. Terdapat beberapa tema latar belakang dan juga bingkai untuk setiap gambar yang boleh dipilih untuk dicuba.

Ini adalah contoh yang pernah saya buat.

uprint 3

Cara Bayaran dibuat

Selepas berpuas hati, bolehlah ditekan butang tempahan dan bayaran boleh dibuat menggunakan mana-mana cara dibawah:

banks-payments

Buku foto ini akan dihantar kepada kita dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan dijangka sampai dalam masa 2-3 hari sahaja.

Saya sangat berpuas hati dengan UPrint ini, dan sehingga kini saya sudah pun memiliki 3 jenis buku foto pelbagai saiz dan warna. Mungkin saya akan tambah sebuah lagi buku foto ini bertemakan hari raya aildilfitri yang akan datang.

Selamat mencuba.

Picasa 3.9

Penggemar Picasa mesti sudah tahu berkaitan dengan penambah-baikan terbaru iaitu daripada Picasa 3.8 kepada Picasa 3.9. Dengan Picasa 3.9 ini kita boleh:

  • Berkongsi dengan pengguna dalam Google+ ‘circles’ — jika kita memiliki akaun Google+ ini, kita boleh menggunakan Picasa 3.9 ini untuk berkongsi terus ke ‘circles‘ yang ada dalam G+ itu. Gambar yang kita kongsi itu akan keluar dalam G+’stream’ mereka.

  • Boleh tag nama dalam Picasa terus ke Google+.

Picasa 3.9 setakat ini tidak mengecewakan saya. Ianya sebuah program pengurusan imej digital dan pemapar imej digitan yang sangat bagus. Boleh cuba selepas ini. Untuk download sila Google sendiri 🙂