Font Free – Aplikasi iPad – Letak Tulisan Atas Gambar

Sudah banyak aplikasi di Google Play dan di Apple Store yang boleh buat kita meletakkan tulisan-tulisan atas imej dan gambar.

Biasanya bagi tujuan motivasi dan penyampaian mutiara kata-kata. Contohnya:ImageImageImage

Image

Image

Jadi kalian boleh mencipta hasil motivasi seperti di atas dengan menggunakan aplikasi Font Free – Text Overlay for Photos di Apple Store.

Image

Ini contoh yang saya buat:

20130715-185204.jpg

Update Blog guna IPad mini

Akhirnya aku kembali untuk update blog selepas kali terakhir membuat entri pada bulan Januari yang lepas. Aku hampir-hampir terlupa berkaitan blog ini.

Tetapi kali ini agak istimewa kerana entri ini dibuat bukan lagi menggunakan laptop kesayangan aku itu, tetapi dengan menggunakan iPad mini. Nampaknya aku semakin senang dengan kemudahan membuat entri secara ‘mobile’ ini.

Aku tarik semula apa yang aku tulis pada April 2012 berkaitan tiada keperluan menggunakan tablet ini. Dulu mungkin aku jahil sedikit.

Secara jujurnya, iPad mini ini aku gunakan untuk update blog aku yang lain tetapi selepas menjumpai aplikasi WordPress di Apple store ini aku semakin teruja untuk kembali membuat entri dengan lebih kerap.

Untuk pengetahuan juga, buat masa ini aku menguruskan 5 blog secara bersendiri. Memang tak terjaga langsung dibuatnya.

Harap-harap selepas ini boleh dapat mood blogging semula.

20130611-220736.jpg

Salam.

Saya belum perlukan tablet

Sekarang ini dimana sahaja kita berada kita boleh nampak tablet di merata alam. Hatta budak-budak kecil pun sudah mula mengususng tablet ni kesana-sini. Kalau dahulu-kala orang dewasa cuma membawa telefon bimbit dan laptop sahaja, tetapi sekarang ni tablet telah menjadi trend.

Pembuka trend tablet ini adalah iPad daripada Apple dan kini di Malaysia sudah banyak jenama tablet yang wujud seperti Samsung, Asus, HTC dan juga Motorola. Sungguhpun begitu, iPad masih lagi menjadi idol pada penggemar tablet. Harganya juga masih dalam lingkungan RM1K – RM2K, dan masih merupakan harga mampu bagi sesebuah tablet. Continue reading “Saya belum perlukan tablet”

Menukar Gambar Moden Kepada Klasik

Salam semua.

Sungguh susah rasanya nak dapat mood untuk menulis semula blog ini selepas berehat terlalu lama. Aku berehat terlalu lama sehinggakan aku merasakan blogging ini tidak memberikan apa-apa makna buat aku. Aku silap, sebab aku lupa tujuan asal aku menulis adalah untuk berkongsi pendapat dan pandangan dengan para pembaca yang lain.

Selepas menulis sebanyak 2-3 baris ini, barulah mood menulis tu mula datang semula secara perlahan. Daripada tak ada idea untuk menulis, sekarang ni aku dah dilimpahi idea yang berlambak-lambak. Rasa macam boleh buat 2-3 entri untuk malam ini. 🙂 Continue reading “Menukar Gambar Moden Kepada Klasik”

Akhirnya, Pelarasan Harga Dari ASTRO

Setelah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan pelarasan harga, akhirnya pihak ASTRO bersetuju dengan saranan yang dikemukakan. Namun begitu, pelarasan harga yang baru masih tetap dikenakan kepada semua pelanggan ASTRO dan ianya telah pun berkuatkuasa semenjak 11 Julai lepas.

Alasan yang diberikan oleh Astro

Pada pandangan aku, selepas membuat perkiraan dan pemerhatian aku dapati pelarasan harga ini sebenarnya memberi keuntungan kepada aku sendiri (kepada orang lain aku tak berapa pasti). Nak tahu kenapa? Meh sini aku ceritakan. Continue reading “Akhirnya, Pelarasan Harga Dari ASTRO”

Kemaskan Ikon Desktop Korang

Entri kali ni adalah berkaitan perisian percuma (freeware software).

Aku memang amat gemar kalau ada perisian yang percuma untuk laptop aku ni. Apatah lagi kalau ianya sesuatu yang berkaitan imej editing, atau video editing, ataupun ianya sesuatu yang boleh buat laptop aku nampak cool. 🙂

Okey, skrin laptop aku buat masa sekarang ni memang banyak ikon-ikon dan shortcut yang bukan-bukan. Semuanya sebagai jalan pintas utk aku akses kebanyakan program yang sebenarnya jarang-jarang aku guna. Aku jarang guna sebabnya this laptop is mainly for surfing and not for gaming (except for Angry Bird) Jadinya, skrin aku jadi semak, serabut dan memeningkan kepala. Apa yang aku buat? aku pun hiddenkan semua ikon kat skrin. Selesaikah masalah? Tak juga, sebab kalau aku nak akses ikon tersebut aku still kena un-hiddenkan semua ikon tu.

So, aku gunakan Stardock Fences. Aku suka perisian ni sebab aku rasa skrin laptop aku lebih tersusun ikonnya, cantik pulak tu.

Kalau guna Stardock Fence ni, kita boleh kumpulkan ikon-ikon ke dalam satu ‘container’ dan kita boleh ‘rename container’ tersebut mengikut sedap hati kita aja. Kita juga boleh buat banyak-banyak ‘container’ dan susun secantiknya kat skrin komputer. Contohnya:

Perisian ini adalah amat senang digunakan malah yang paling best ianya percuma. Ianya berfungsi bagi semua jenis Windows XP, Vista dan juga Windows 7. Bagi yang mempunyai desktop yang semak dengan ikon bolehlah cuba. Cuma double KLIK skrin korang dan semua ikon akan hilang! jika di double KLIK semula, semua ikon akan muncul semula. Terbaek kan! Macam skrin aku kat bawah ni (klik untuk besarkan imej).

Cubalah!

Astro Berunding Untuk Kenaikan Harga Pakej Siaran

Selepas keluar berita yang menyatakan tentang perancangan pihak Astro untuk menaikkan harga pakej siaran-siaran mereka pada minggu lepas, kini pihak mereka terpaksa berunding dengan pihak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Komunikasi dan Penerangan supaya kenaikan harga yang mereka buat itu adalah berpatutan dan menepati hak-hak setiap pelanggan setia mereka. Ada kemungkinan juga kenaikan harga DIBATAL sebab pihak Astro tiada alasan yang munasabah! Hmmm.. nak kena tunggu menteri-menteri masuk campur baru pihak Astro ni boleh berfikiran waras agaknya!.

Bacalah lagi. Continue reading “Astro Berunding Untuk Kenaikan Harga Pakej Siaran”