Kebebasan Bersuara pun ada hadnya

Bukan saya hendak mempertikaikan hak untuk bersuara rakyat Malaysia, tapi adakah kebanyakan mereka ini faham sebenarnya bagaimana hendak bersuara? Apa yang saya nyatakan disini sekadar luahan isi hati yang terbuku lamanya.

Semenjak popularnya medium internet ini, ramai orang-orang kita yang singkat akalnya telah menyalahgunakannya. Mereka ini melepaskan perasaan amarah dan tidak puas hatinya di internet. Lebih-lebih lagi di ruang Facebook. Setiap hari pasti ada sahaja komen-komen berunsur cacian, makian, hinaan, tidak lupa juga komen yang berbaur ugutan.

Continue reading “Kebebasan Bersuara pun ada hadnya”

Advertisements

Suka Zombie…?

Tahu kan apa itu zombie? ataupun lebih dikenali sebagai dengan nama gothiknya iaitu ‘the undead‘.

Bagi mereka yang suka mencuba permainan online di Facebook, pasti pernah terjumpa dengan beberapa jenis permainan yang berunsurkan zombie ni. Kalau nama permainan seperti Plants vs Zombies memang ramai yang dah tahu kan. Sebabnya watak permainan dalam permainan ini kebiasaannya tidaklah seganas seperti di dalam filem-filem Hollywood yang selalu kita tonton tu, tetapi ianya lebih comel-comel belaka.

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi permainan di Facebook yang bertemakan zombie ni. Nak tahu? Aku akan senaraikan beberapa permainan sebegini yang korang boleh cari di Facebook. Nak main boleh, tapi jangan addicted. Bahaya! Continue reading “Suka Zombie…?”

Jangan Putus Sahabat, Putus Saudara Kerana Politik

Salam buat pembaca semua yang aku sayangi, kerana tanpa korang semua maka tiada siapalah nak baca blog kecil-kecilan aku ni.

Semenjak meletusnya isu Bersih beberapa minggu lepas, banyak jenis cerita yang telah kita dengar dan baca. Ada sekumpulan manusia yang menyokong perhimpunan tersebut dan ada juga yang tidak bersetuju. Aku tidak menyokong mana-mana pihak kerana bagi aku semua perkara boleh dibawa berunding, hatta Nabi Muhammad SAW pun berunding untuk mendamaikan dan mempersaudarakan Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar. Inikan pula kita manusia biasa. Sesungguhnya kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan apa-apa masalah. Percayalah! Continue reading “Jangan Putus Sahabat, Putus Saudara Kerana Politik”