Font Free – Aplikasi iPad – Letak Tulisan Atas Gambar

Sudah banyak aplikasi di Google Play dan di Apple Store yang boleh buat kita meletakkan tulisan-tulisan atas imej dan gambar.

Biasanya bagi tujuan motivasi dan penyampaian mutiara kata-kata. Contohnya:ImageImageImage

Image

Image

Jadi kalian boleh mencipta hasil motivasi seperti di atas dengan menggunakan aplikasi Font Free – Text Overlay for Photos di Apple Store.

Image

Ini contoh yang saya buat:

20130715-185204.jpg

Advertisements

Update Blog guna IPad mini

Akhirnya aku kembali untuk update blog selepas kali terakhir membuat entri pada bulan Januari yang lepas. Aku hampir-hampir terlupa berkaitan blog ini.

Tetapi kali ini agak istimewa kerana entri ini dibuat bukan lagi menggunakan laptop kesayangan aku itu, tetapi dengan menggunakan iPad mini. Nampaknya aku semakin senang dengan kemudahan membuat entri secara ‘mobile’ ini.

Aku tarik semula apa yang aku tulis pada April 2012 berkaitan tiada keperluan menggunakan tablet ini. Dulu mungkin aku jahil sedikit.

Secara jujurnya, iPad mini ini aku gunakan untuk update blog aku yang lain tetapi selepas menjumpai aplikasi WordPress di Apple store ini aku semakin teruja untuk kembali membuat entri dengan lebih kerap.

Untuk pengetahuan juga, buat masa ini aku menguruskan 5 blog secara bersendiri. Memang tak terjaga langsung dibuatnya.

Harap-harap selepas ini boleh dapat mood blogging semula.

20130611-220736.jpg

Salam.